Monday, 15 October 2012
Thank You,Allah.
Lepas tgk video ni,aku terus pejam mata.Lama.
Sambil aku pejam,aku panjatkan segala syukur kepada Allah.
Syukur.
Aku tahu,ada sebab kenapa Allah tuliskan kehidupan aku macam ni.
Kehidupan yang sedikit berbeza dari kamu kamu semua.
Kehidupan anak kecil yang jatuhnya dari basikal,tak pernah diangkat dan dipujuk tangisan serta sendu-sendunya oleh seorang Ayah.
Kehidupan anak remaja yang pulang lewat dari bersosial bersama rakan rakan,tak pernah dimarah dipukul teruk oleh seorang Ayah.
Kehidupan seorang anak dewasa,yang ingin bertanya tentang perihal lelaki kepada seorang Ayah,tak pernah dan tak tahu dimana mahu bertanya.
Ya.
Aku tak pernah melalui satu pun seperti diatas.
Aku dimarah,dipukul,ditarik telinga,dikurung,semua dari mama.
Aku tahu,lain rasanya bila kita dimarah,dipukul,disebat oleh insan bergelar Ayah.
Takpe.
Aku kata pada hati.
Mungkin moments indah+perit+ngeri bersama insan bergelar ayah tak pernah aku lalui.
Tapi aku janji,kepada bakal-bakal warisan aku...
Yang mereka tak akan terlepas moment-moment seperti mana aku dulu.
Ya.
Dan aku rasa itulah hikmahnya.
Semoga aku sentiasa berhati-hati dalam mencari.
Dan semoga aku tak mungkiri janji.
Terima Kasih,Allah .
Atas segala hikmah yang terjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment