Monday, 22 October 2012

Tabahla sikit.

Aku tak boleh lah hidup macam ni.
Jiwa,hati aku semua sakit.
Kau nak aku baik macam mana lagi?
Macam malaikat?
Memang tak la.

Aku janji dengan diri.
Ini yang terakhir kita dekat.
Lepas ni mari cari diri kita sendiri.
Tak perlu kisah tentang aku.
Mungkin lebih molek untuk kita aku rasa.
Hurm.

Tabahlah sikit,miera.
Sikit je lagi.


Monday, 15 October 2012

Thank You,Allah.



Lepas tgk video ni,aku terus pejam mata.Lama.
Sambil aku pejam,aku panjatkan segala syukur kepada Allah.

Syukur.
Aku tahu,ada sebab kenapa Allah tuliskan kehidupan aku macam ni.
Kehidupan yang sedikit berbeza dari kamu kamu semua.

Kehidupan anak kecil yang jatuhnya dari basikal,tak pernah diangkat dan dipujuk tangisan serta sendu-sendunya oleh seorang Ayah.
Kehidupan anak remaja yang pulang lewat dari bersosial bersama rakan rakan,tak pernah dimarah dipukul teruk oleh seorang Ayah.
Kehidupan seorang anak dewasa,yang ingin bertanya tentang perihal lelaki kepada seorang Ayah,tak pernah dan tak tahu dimana mahu bertanya.

Ya.
Aku tak pernah melalui satu pun seperti diatas.
Aku dimarah,dipukul,ditarik telinga,dikurung,semua dari mama.
Aku tahu,lain rasanya bila kita dimarah,dipukul,disebat oleh insan bergelar Ayah.

Takpe.
Aku kata pada hati.

Mungkin moments indah+perit+ngeri bersama insan bergelar ayah tak pernah aku lalui.
Tapi aku janji,kepada bakal-bakal warisan aku...
Yang mereka tak akan terlepas moment-moment seperti mana aku dulu.

Ya.
Dan aku rasa itulah hikmahnya.
Semoga aku sentiasa berhati-hati dalam mencari.
Dan semoga aku tak mungkiri janji.

Terima Kasih,Allah .
Atas segala hikmah yang terjadi.


Monday, 8 October 2012

I missed u Tika.


Tika,aku baru lepas tengok cerita Boy Over Flower.
.......................
Sedihnya.
Bukan cerita tu yg sedih tika.
Tapi cerita kita yang buat aku nangis tika.

Kalau kau ingt lagi tika,kita sanggup stay up malam2 dekat matrik semata mata nak khatamkan cerita ni.
Kau dengan aku je.
Intan,Nani,Faizah semua hampeh tido awal.
Lepas tu,kau bahan aku sbb nangis then aku bahan kau sbb kau pun nangis sekali tgk cerita ni.

Tika,kau tau tak?
Lepas kau x de,aku x de kawan nak nangis sama2 tgk movie korea.
Kawan tgk movie tu adalah.
Tapi aku x nangis depan dorg.
Tak tau kenapa.
Feel tu tak sama dgn feel tgk dgn kau.

Sepanjang aku hidup tika,aku tak pernah share kisah sedih aku dgn org lain.Mak aku pun tak pernah.
Tp dgn kau,meleleh leleh hingus aku cerita.

Aku rindu kau tika.Rindu sangat.
Tuhan bagi kita kongsi rasa sekejap je kan.
Aku rasa tak sampai setengah tahun.

Tapi aku tetap bersyukur tika.
Sekurang-kurangnya Tuhan bagi aku rasa punya kawan sebaik dan sehati dengan aku.
Alhamdulillah.

Takpe,sekejap pun sekejap la tika.
Yang sekejap itu hanya fizikal.
Dalam hati aku,tak pernah kurang rasa kasih sayang aku dkt kau.

Tika,
Salam sayang dari aku, kawan paling gedik kau pernah ada.Mungkin.
Aku nak sambung tgk BOF lg ni.Episod 11.
Ala,episod yang kita paling emosi tuuu.
Bye tika.

Alfatihah untuk kawan paling sejiwa pernah aku ada.
Nurul Atika Amir Hamzah.